Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label bridesmaids. Show all posts
Showing posts with label bridesmaids. Show all posts

Monday, 14 January 2013

Mrs.Faqhtee

Alhamdulilah.Syukur Ya Allah. Terima kasih atas segala nikmat kurniaanMu. Settle sudah majlis nikah, bersanding, bertandang & honeymoon :D Lega ? Lega okay. hehehe.

Tanggal 10 Nov 2012 lebih kurang pukul 10.25 pagi Fatin telah sah menjadi isteri kepada Faqhtee dengan sekali lafaz je. *yeahhh!* Kesian hubby tak berapa sihat hari tuh. Actually mmg kami berdua demam nak dekat 2,3 hari sebelum majlis tapi alhamdulilah semua berjalan lancar. 

Serious malas giler nak taip panjang. xde idea satu hal. lantaklah. korang layan jelah gambar neh ya. 






MUA : Liza Saidatulnisa



dup dap dup dap
before masuk masjid. bersama BFF a.k.a bridesmaids tercinta <3



masing-masing berdebar menunggu





Alhamdulilah. Sah dengan satu lafaz sahaja. yeahhhh ! muahhh3x <3




Bridesmaid yang kacak & jelita. Semua segak. Kain, sampin, tudung,lace semua Fatin sponsor kecuali upah jahit je ;) Puas hati !


dah HALAL :D 

Gambar bukan dari seorang je photographer. Thanks pada semua yang telah menjayakan majlis pada pagi yang berbahagia tuh. sayang korang.muaahx !



Hahaha. Gila dh berhabuk baru nk update. okaylah. neh paling rajinlah Fatin boleh cerita utk korang. bye2

Thursday, 11 October 2012

bridesmaid

Salam semua....
untuk melepaskan stress & update blog yang berhabuk debu neh. Fatin nak share baju bridesmaid

Sebelum itu mari perkenalkan 9 gadis jelita & 7 jejaka tampan yang akan menjadi pembawa dulang time kami nikah nanti.


Gadis Jelita
  1. Ila
  2. Alia
  3. Mia
  4. Dila
  5. Ummu
  6. Aisyah
  7. Suraya
  8. Zatul
  9. Mimi

Fatin hadiahkan diorang semua kain satin navy blue 4 meter + 1/2 meter white lace utk patch kt tangan shj. Design baju semua sama baju kurung moden patch lace kat tangan dan kain kipas. Maaf sangat sebab upah jahit adalah sendiri. Alhamdulilah majoriti setuju. Ada seorang je yang cam merungut sebab dia student & I cakap tak paksa. Terpulang pada dia. Kalau tak i cari orang lain dan akhirnya dia nak juga jadi bridesmaid Fatin. yeahhh ~ Semua neh BFF dari sekolah & Unisel.


teaser 

 sketch neh credit to Mr.Google
credit to Aisyah<3


Jejaka Tampan
  1. Shuk
  2. Lan
  3. Azizie
  4. Akmal
  5. Isham
  6. Afiq
  7. Haiyi

Kain untuk lelaki juga Fatin hadiahkan color yang sama satin navy blue 5 meter. Lelaki senang je. Cekak musang. Sampin pon Fatin hadiahkan. Sama je semua. huhuhu. Gambar lupa nak ambil. Nanti Fatin upload kemudian.Lelaki senang tak banyak songeh. Lega.





................................................................

Fatin budget seorang RM100. 

Perempuan
  • Kain semeter = RM10
    • Beli dekat Jakel. Dapat discount sebab beli banyak kebetulan time tuh Jakel memang tengah ada sale. 
  • Lace RM35.
    • kalau tak silap Fatin beli 1/2 meter je untuk patch kat tangan
  • lace bunga RM10
    • Beli untuk patch kat bahu & bawah kain baju
  • Tudung bawal color putih
    • Tudung tak beli lagi tapi Fatin budget dalam RM5


Lelaki
  • kain semeter = RM10
    • beli sama-sama dengan kain untuk pengapit perempuan
  • Sampin
    • RM 40.



Semoga Allah S.W.T memudahkan segala urusan. Amin100x

Monday, 4 June 2012

bridesmaid

salam, 
Semalam Fatin & Aisyah ke Jakel Shah Alam. Kononnya nak survey & seriously Fatin xdecide lagi nk amik bridesmaid. Serious just nak survey-survey kain je tapi Fatin neh jenis memang pantang ada duit mesti nak abiskan & hasilnya dah beli pon kain untuk bridesmaid.sengal tak ? Adoi..kopak jap. En.tunang bising gak sebab dia tahu Fatin memang jenis boros. Tak tahu nak kata nyesal ke apa . Rasa cm excited je. Huhuhu.

kami sampai jakel pon dah lewat araoud 7pm if tak silap. Ramai giler orang. Jakel kan tengah sale. Mula-mula seronok tengok kain. Lama-lama rasa nak pengsan pon ada. Banyak sangat pilihan. Ada kaler yang berkenan tapi takde stock. Ada yang ada stock out of budget dan sebaliknya la. memang pening taw pilih kain lagi-lagi Fatin sendiri tak decide nak kaler apa.

Bersyukurlah Aisyah teman & dia tolong pilihkan color bridesmaid.

navy blue.

seriously mula-mula fatin cam xnak sebab Fatin lagi prefer kaler kuning / pink / purple tapi bila kami try mix & match  rasa cntik pulak. InsyAllah kaler neh okay & akan menyerlahkan seri pengantin. Cewah. hahaha





Nanti fatin upload gambar kain malam neh ya~ :)







Thursday, 29 March 2012

bridesmaids

I tahu ramai juga b2b lain dah update sal bridesmaids tapi Fatin nak juga update kat blog neh. Yelah, minat masing-masing berbeza kan ? Harap sangat kawan-kawan boleh share link kat komen tentang bridesmaids korang juga ya !


NIKAH - gadis dulang







Kat atas neh memang I suka kalau bridesmaids I pakai macam tuh. 
Simple je. Tak over dari pengantin


tapi yang gambar 2(dua) neh agak merisaukan I sebab kalau baju nikah I color putih/nude/champagne/beige adakah I akan tenggelam seperti gambar di atas ?!
Oh, NO !

Jadi, pemilihan color untuk bridesmaids amatlah penting ya kawan-kawan. Hati-hati !
Dan rasanya colour bridesmaid & colour family biarlah xseakan langsung. I tak tahu. I takde experience tapi I rasa cm better colour diorang lain la.


NIKAH - pengapit kecik 


Ini bergantung kepada budget. If budget lebih I nak amik cousin I yang kecik molek tuh jadi pengapit di sebelah kiri kanan semasa menunggu lafaz, "aku terima nikahnya....".

SANDING - pengapit 


Untuk majlis sanding malam tuh nanti lebih kurang beginilah pakaian pengapit kami. Tapi xbincang lagi dengan diorang. Maybe attire sdn bhd. xtaw la mereka setuju atau tak. Dua orang je pengapit nyer (couple). En.tunang dh book awal-awal nak amik kawan baik dia.


SANDING- flower girl + boy


yang ini pon boleh (boleh bla! ;P)

  comotnya . REJECT !

 ini untuk kerabat-kerabat bolehlah
 Eh, silap majlis ke apa neh ?! Maybe untuk Chinese yang kahwin pada CNY. 
Boleh save budget ma.

yang neh comel ! Love ! Love ! Love !


Sunday, 4 March 2012

sarah mujahid

Fatin dah lama nk update entry neh. insyAllah hari ini dapat update tentang majlis nikah diorang. Seriously Fatin memang suka sangat semua tentang Sarah & Mujahid. Diorang sweet, baik, penyayang & suka bagi nasihat kat kami ;) memang respectlah kat diorang. Sarah & Mujahid neh dua-dua kawan baik Faqt kt MIAT

Malam sebelum majlis pernikahan Sarah, kami stay kat Pacific Hotel Regency Suite. Sumpah selesa & best giler hotel neh. haha *jakun pulak*  suka!suka!


Dan malam tuh kami buat malam berinai(http://noorcollectionz.blogspot.com/) untuk pengantin tapi camner lah bole lupa nak amik gambar. my bad. teruk betul. I brides-mates yang teruk!!!! ;( 





24 Dec 2011

5.30 am : Sarah bangun & bersiap2
8.30 am : Fatin baru bangun (sila jangan amik aku jd brides-mates). Seriously rasa serba salah. Teruk kan ? eeeeiiii... Fatin malu la. Nasib baik kawan-kawan Sarah yang lain ada. 
8.45 am : If tak silap time neh photographer(Ijoydanialhaikal) & MUA(Zaifiezainal) sampai.
10.00 am : Kami dah siap dan menunggu en.tunang saya; Faqhtee datang jemput kami. yeahhhh!!! (eh..over lak. awak ke yang nak kawen ? haha ;P )
10.20 am : Alhamdulilah kami sampai ke masjid on time babe! on time! Fatin akui Sarah memang pandai manage time dia. Semua berjalan lancar.tapiii... yang buat kami nervous. Pihak lelaki sampai awal, around 10.00 am. kalau ikotkan perancangan awal memang nikah 10.30 am. *tak sabar taw pihak lelaki neh. auwww ! haha*
11.15 am : lebih kurang begitulah if tak silap Fatin. Majlis akad nikah pon selesai. Alhamdulilah dengan sekali lafaz je Sarah sah menjadi isteri Mujahid. :D

boleh tengok sini ; sarahmujahid.blogspot.com

next, layan gambar ;)


Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower, Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee.
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.















Masjid Saidina Hamzah 
Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur











Monday, 20 February 2012

orang kanan

cerita tentang majlis pertunangan Fatin yang nak basi tuh. haha. opss. 
orang kanan a.k.a kawan-kawan yang banyak membantu dalam majlis adalah :-

Damia Abdullah


 Sarah & Mujahid 


 Ika & Zul


thanks korg. sayang korang ketat2. muah3x <3
 hope korang pon cepat-cepatlah kawen ya. 
boleh la kita honeymoon sama2 ;P