Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label videographer. Show all posts
Showing posts with label videographer. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

How's ur wedding preparation ?

Alhamdulilah boleh katakan segala urusan berjalan dengan lancar walau pada mulanya sangat stress. Sekarang pon masih stress juga cuma dah boleh goyang kaki sikit. Maybe bulan june nanti barulah start busy & stress semula. eh, ayat cam mintak stress je? HAHA

Okay. Sebelum menanti bulan june kami kena berjimat cermat . Kalau boleh jimat secermatnyalah !~ 

Vendor lain  kebanyakkan dah bayar deposit untuk booking. Kak Sheila & mahligai creative I baru bayar RM500 tapi Kak Sheila sangat baik okay. Dia kata boleh bayar ansur-ansur. sikit-sikit pon takpe. Janji settle sebelum majlis! MUA I bayar deposit RM200. OP & OV deposit 30% . Sebulan sebelum majlis 40% dan balance time ambil album. venue wedding pulak deposit RM5k.

Inai I belum book lagi tapi memang target nak amik http://noorcollectionz.blogspot.com/. suka sangat dengan hasil dia. sangat cantik & kemas ;)

I tak tahu apa lagi yang tertinggal. Harap korang semua boleh share ya. Thanks.

Assalamualaikum~

Thursday, 22 March 2012

candidsyndrome

Salam,
Siapa yang tak kenal dengan Candidsyndrome bukan ?
Pengasas dia Saiful Nang
kami berdua memang minat giler dengan hasil Saiful Nang
Alhamdulilah untuk OP & OV kami, kami amik dengan CS.
Harga agak mahal la tapi bagi kami photographer amat penting.

Dengar je ada sale CS Chinese New Year, cepat-cepat kami serbu
Tapi boleh lupa pulak yang diorang memang selalu juga buat promotion
rasa cm nak nangis pon ada tapi kata En.Tunang maybe yang tuh 
bukan rezeki kita nak dapat lagi murah
 Promo kami ambil tuh CNW -Fuad Topa normal price 5K promo RM3152 & dapat free gateway honeymoon ke Phuket @ Bali.
kami rasa berbaloi !
tapi yang i rasa nak nangis meraung-raung tuh sebab baru last week diorang buat promo untuk Fuad Topa RM2500. sob sob sob ;(

Seriously i sangat sedih. kami amik event nikah & sanding dengan diorang
yelah siapa yang takmo amik price lagi murah kan ? 
Nak yang terbaik & tak sabar sangat nehlah hasil dia. hmmm..
Pada siapa-siapa yang nak ambil CS dan budget 3k kebawah, I sarankan korang tunggu jelah sale dia yang RM2500 tuh atau ke pameran pengantin di PICC sebab memang tiap-tiap tahun diorang akan buat promo tuh.
 I rasa harga promo RM2500 tuh memang berbaloi.

 I & En.Tunang sekarang tengah join contest under Fuad Topa. 
Berharap sangat if menang dapatlah guna kupon tuh untuk harga discount. 

kawan-kawan yang sudi, tolong lah tolong likekan gambar di link neh ya

fuad topa-contest Like & Win



PLEASE ! I BETUL-BETUL NAK KUPON TUH! 

*nota kaki : mungkin bukan rezeki kami nak dapat price lagi murah tapi yang penting tarikh keramat tuh dh booking awal-awal, kan ? *ayat sedapkan hati* -Thanks B <3

Thursday, 8 March 2012

OP + OV

Alhamdulilah dah settle dah book OP & OV untuk majlis nikah sanding nanti. Belah pihak lelaki pon dah settle. syukur yang amat. Harap-harap dimurahkan lagi rezeki kami. Amin







Monday, 9 January 2012

wedding date

Plan asal kami,

Nikah           :  9 Nov 2012 (Jumaat)
Sanding        : 10 Nov 2012 (Sabtu)
Bertandang  : 11 Nov 2012 (Ahad)

Kami memang dah lama plan tarikh nie sebab senang nak celebrate. Anniversary kami bercouple pada 11 Nov 2008. Tapi tiba-tiba ayah cakap nak awalkan majlis dalam bulan Jun. ;(

Pening kepala. Pening fasal venue kami lagi. Sekejap nak hotel sekejap nak dewan. Sakit kepala i fikir. Haih. Rasa stress pulak nak kahwin.

Katering pula tak tahu nak pilih buffet or dome semua tapi for sure if VVIP takkanlah diorang nak beratur amik buffet pulak. haih. peninglah. 

seriously sekarang stress sangat!!!!
---------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam I dah fikir dah fasal tema sebab awal bulan Feb kami sekeluarga akan ke Vietnam. Dengar-dengar kain kat sana murah.

Tema nikah 

                    Family Fatin ----> antique gold
Family Faqhtee ----> teal
Baju nikah Fatin & Faqhtee ----> white + dusty aqua




Majlis Fatin

 Family Fatin ----> Turquoise or Aqua
Family Faqhtee ----> Pink or Brown
Fatin & Faqhtee ----> Purple + Grey







Majlis Faqhtee

     Family Fatin ----> pending
Family Faqhtee ----> pending
Fatin dan Faqhtee ----> pending



*esok petang ada appointment dengan cst(videographer) if harga okay dengan budget kami or sponsor kami(mak ayah Fatin) kami akan book terus untuk bulan Jun nanti.