Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 22 November 2011

stress



Ketika aku menulis post ini. Perasaan marah aku membuak-buak. Cuba aku tahan hingga rasa ingin mengalir air mata. Penat aku uruskan semua tapi kenapa last minute semua orang nak complaint ? Itu tak kena, ini tak kena. Tensionnya!! 

Salah satu bab pelamin. okay. salah I. Dulu I book dengan Shayana Creation but my mom tak berapa berkenan tapi I dh bayar deposit sebab ada promotion dari normal price RM350 dapat harga RM280. Then I call & text wedding by Sher. Pelamin dia memang cantik. Nak hire dia. Malang betul sebab dia macam menolak rezeki. I text dia...lambat sangat nak reply, macam nak tak nak pon ada. I call tapi tak jawab & bagi alasan tengah on call with client. okay. Sabar. I siap ke rumah dia di Setapak tapi masih hampa. Dia takde respon pon nak confirmkan balik or apa. Entahlah. Salah I ke ? Apa patut I buat ? Call dia hari2 ? huh !



*hampa*
Majlis lagi dua minggu sahaja.


Bab make up. I hire kawan I, Damia. I suka dia make upkan I. Tak over. Nampak natural je. Faqt pon suka (*itu yang penting*). Tapi kawan mak I sibuk nak tolong & hasut mak I agaknya. Mak I marah amik kawan sebagai MUA. Mak I kata takut tak cantik sebab mak andam yang ada pengalaman dia lagi tahu. I sedih & down. Apa I nak bagi tahu kawan I nanti? Mesti kecil hati dia, kan ? Nape tak bagi tahu awal-awal. Bulan disember musim kahwin. Sure masalah besar if I baru nak cari MUA dalam masa terdekat kan ? Arghhh...

Sebabkan stress, I tak terurus. Tido pon tak lena. Makan pon tak lalu. Jerawat pon mula menumpang menjadi tetamu setia di muka ku. Hampa. Hampa sangat. Baju & kasut dah siap.  Tunggu gaji baru ambil. Agaknya ada tak yang tidak di puas hati dengan baju ku nanti. Biar aku nangis dulu dari sekarang supaya tabah dengan keluhan hari-hari akan datang.

1 comment: