Salam ramadhan,
Maaf blog kerana biar kamu lama menyepi. Sunyi. Agak sibuk kebelakangan neh. Penat sangat. Semalam lepas berbuka dengan Mia,Afiq & nok2. i ajak Mia & Afiq teman kami jumpa kak Sheila Mohamad. Kami sampai rumah kak Sheila around 9pm. Borak-borak cerita pasal tema,design yang sesuai, produk kecantikan baru Ziana Zain(b-Lift) & terus ambil ukuran. Baju nikah memang tak ada perubahan. Putih & biru tapi untuk majlis belah lelaki ambil color hijau macam baju songket scha & awal. Cantik sangat color hijau tuh,kan ? Hihihi. Cam angkat bakul sendiri lak :P
Preparation lain okay. Next week nak jumpa Mahligai Creative. Hah, yang pening En.Tunang tak tahu nak hantar baju family dia kat tailor mana. Kalau boleh nak yang harga berpatutan bawah RM200. Kalau korang ada suggestion tolong share ya(area ampang only).
Bridesmaid tak cukup kain sebab last minute mak suruh tambah dulang. Agak pening jugaklah sekarang neh takut kain tuh dah xde. Nak pergi beli tak sempat. Ya Allah, agak stress sebenarnya. Harap-harap di permudahkanlah. amin. Tapi yang berita gembira kawan Fatin cakap dh jumpa tailor yang ambil upah xsampai RM50 ;) InsyAllah bulan 9 neh nak start kumpul semua & hantar baju kat satu tempat je. Baju bridesmaids color navy blue. Baju + tudung adalah sedondon tapi tudung xsempat nak cari lagi. Maybe tudung bawal je atau shawl. Fatin cadang tudung diorang color silver grey. fatin hanya belanja kain + tudung + sampin(bagi lelaki), upah jahit sendiri. Nasib baik diorang memahami. Alhamdulilah.
Venue nikah masih samar-samar. Fatin memang teringin nak nikah & sanding dekat Putrajaya tapi apakan daya tak sangka bulan Januari pon boleh di katakan dah lewat untuk book dewan. sob sob sob. Kalau korang dah ada perancangan please lah book dewan pilihan korang awal-awal ya. Sebabkan terlalu tertekan tak jumpa venue sanding makanya ayah Fatin terus book De Palma Ampang. *tak suka* ! Kami nikah & sanding hari sama. Rumah En.Tunang dekat Ampang & mereka kata jauh if pagi tuh nak bergerak ke Putrajaya. Jujurnya Fatin rasa cam marah sangat + rasa nak menangis + tak puas hati. Yelah dah impian kita nak kahwin dekat putrajaya, ingatkan tak dapat sanding dekat situ. Nikah pon jadilah tapi....... :'( Tapi entah kenapa tiba2 Fatin mcm tersedar. Perkahwinan neh sepatutnya sesuatu yang mudah,ringkas,selesa & menyenangkan. kalaulah Fatin berdegil juga nak buat dekat Putrajaya tapi family En.Tunang tak happy cam no point je i seorang yang gewdik2 happy kat situ sebab konon-konon if nikah kat Putrajaya gambar akan cantik de boom ! Setelah i berperang dengan perasaan sendiri & mintak pendapat family akhirnya setuju nikah dekat area rumah Fatin je, Hulu Langat. Cuma masalah sekarang mak Fatin prefer nikah kat masjid tapi ayah & En.Tunang nak suruh nikah dekat rumah. So,sampai sekarang tak decide lagi nak nikah dekat mana.
Lagi satu yang pening, belah En.Tunang tak decide lagi nak ambil caterer mana. Actually mak En.Tunang berkenan sangat dengan Pandan Caterer tapi abang Jo tuh cam nak tak nak je layan & i terus nasihatkan En.Tunang better ambil caterer lain. Kalau korang ada suggestion please share ya. Haruslah yang sedap & lazat okay.
Mata i dah berat + pedih padahal baru pukul 11.28. Hmm..okaylah. Thanks pada yang sudi baca. Gudnite =)

No comments:
Post a Comment